GDPR Cookie Consent by Free Privacy Policy Generator

Bennington Residences, kondominium dalam bandar tawar kedamaian hutan

Bennington Residences terletak di SkyArena, Jalan Ayer Jerneh di Setapak, Kuala Lumpur dibina dengan dua menara dan setiap menara mempunyai 40 tingkat.

Katanya, Bennington Residences juga berjaya memperoleh skor Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan (QLASSIC) sebanyak 78 peratus oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Artikel Penuh

"Bennington Residences dibina berteraskan kepada tiga kunci utama SkyWorld iaitu penciptaan nilai dengan melibatkan kawasan strategik dan kualiti penamat; pembangunan bersepadu menerusi kemudahan dan fasiliti terbaik; dan konsep rekaan yang inovatif," katanya yang memberitahu Bennington Residences menampilkan konsep kedamaian hutan dengan kehijauan alam semula jadi.

Tambahnya, Bennington Residences ialah salah satu projek yang menyediakan pembiayaan Islamik menerusi program pembiayaan Maybank Islamic Houzkey bagi pinjaman perumahan yang dipermudahkan.

"Malah menerusi program SkyHome yang ditawarkan juga, kondominium ini ideal buat pencari rumah terutamanya pembeli rumah kali pertama atau mereka yang mahu menaik taraf rumah tanpa dibebani kos pendahuluan yang tinggi sekali gus dapat menikmati aliran tunai lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai sekumpulan media pada sesi lawatan ke Bennington Residences, Jalan Ayer Jerneh di Setapak, Kuala Lumpur malam tadi.

Bennington Residences merupakan satu-satunya pembangunan bersepadu di Setapak terdiri daripada kompleks sukan perumahan, komersial dan pelbagai tingkat dab berada pada lokasi strategik dengan kemudahan akses dari lebuh raya DUKE.

Kondominium itu turut menyediakan pelbagai kemudahan antaranya sky theater, dining & party pavilion, sky spa, lounge dan terrace exercise, kolam renang infiniti, jakuzi, dek kolam, taman permainan kanak-kanak, teres terbuka, taman landskap dan banyak lagi.