GDPR Cookie Consent by Free Privacy Policy Generator

EcoWorld lancar projek 'duduk', perumahan vertikal moden

PEMAJU perumahan terkemuka, Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah memperkenalkan projek terbaharu iaitu duduk, yang membawa konsep terkini gaya kehidupan vertikal.

Presiden EcoWorld dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Chang Khim Wah telah mula menghebahkan projek ini pada bulan Disember tahun lalu.

Beliau berkata, bahawa projek duduk akan melibatkan kediaman bertingkat di kawasan perbandaran EcoWorld yang sedia ada seperti Eco Ardence di Setia Alam dan Eco Sanctuary di Kota Kemuning.

Projek duduk adalah jenama baharu daripada EcoWorld yang memberi perspektif segar mengenai gaya kehidupan vertikal.

Dilancarkan pada tahun 2020, jenama ini menyasarkan generasi muda yang tinggal di pusat bandar dan mahu memiliki kediaman bertingkat dengan konsep moden.

Sejak dilancarkan, projek duduk telah menarik perhatian orang ramai dengan ilustrasi dan reka bentuk menarik menerusi akaun Facebook dan Instagram mereka.

Salah satu ilustrasi menulis "3R2B @ 1,000 kaki persegi = 7,600 durian Musang King" memberi orang ramai idea dan jangkaan mengenai projek kediaman bertingkat ini.

duduk memperkenalkan dua projek iaitu Huni D' Eco Ardence dan Se. Ruang D' Eco Sanctuary yang terletak di kawasan perumahan matang.

Projek kediaman bertingkat ini sesuai untuk golongan keluarga muda, bujang dan juga pelaburan masa hadapan.

Lokasi strategik

Huni D' Eco Ardence dan Se.Ruang D' Eco Sanctuary terletak di lokasi yang strategik iaitu di dalam pembangunan perdana EcoWorld di Setia Alam dan Kota Kemuning.

Dua perbandaran ini dilengkapi dengan sekolah, pusat membeli-belah, pasar raya, taman, pusat perbankan, pusat 3S, hospital dan pelbagai kemudahan lain, sekali gus menjadikan ia lokasi ideal.

Untuk penduduk di Eco Ardence, anda akan mempunyaI hab runcit Ardence Labs di dalam kawasan perumahan. Ia dilengkapi dengan kedai seperti Jaya Grocer, myNEWS.com dan pelbagai cawangan restoran.

Malah, kawasan Eco Ardence memberi akses mudah kepada lebuh raya New Klang Valley Express (NKVE) dan terletak hanya 10 minit daripada pusat membeli- belah.

Terletak di bahagian selatan Kota Kemuning, Eco Sanctuary pula mempunyai akses kepada lebuh raya utama seperti The North–South Expressway Central Link (ELITE), Shah Alam Expressway (KESAS) dan South Klang Valley Expressway (SKVE).

Selain itu, Sanctuary Mall juga berada di kawasan perumahan Eco Sanctury yang lengkap dengan kedai barangan keperluan dan restoran yang bakal memudahkan anda untuk membeli keperluan harian. Malah, Columbia Asia Hospital pula hanya mengambil masa 15 minit.

Luas dan dilengkapi dengan separa perabot

Kedua-dua projek duduk menawarkan ruangan yang luas, susun atur rumah bersaiz 1,000 kaki persegi dan juga pakej rumah separa perabot.

Ini bermakna anda boleh pindah masuk tanpa perlu melabur duit dan masa untuk ubah suai rumah. Setiap unit memiliki 3 bilik dan 2 bilik air, peralatan asas rumah pintar dan juga dua ruang parkir khas.

Kemudahan

Huni D' Eco Ardence dan Se.Ruang D' Eco Sanctuary menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang, gimnasium dan dewan serbaguna untuk penduduk.

Malah, anda tidak perlu bersusah payah untuk keluar jauh daripada kawasan perumahan untuk mendapatkan keperluan asas.

duduk kini telah dibuka untuk pendaftaran. Anda boleh layari laman sesawang mereka untuk informasi lanjut. Selain itu, dapatkan kemaskini terbaru mengenai projek duduk menerusi laman Facebook dan Instagram mereka.